DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN
DAN MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM
Tenaga Pengajar : Puan Rina Fakhizan Binti Mohd Sukri
Nama Ahli Kumpulan dan Nombor Pendaftaran :
Nur Asyikin Binti Ahmad Amry
|
02DLS15F1052
|
Nurul Sadizah Asraf Binti Zaraha
|
02DLS15F1009
|
Nurul Syahirah Binti Mazlan
|
02DLS15F1024
|
Nuraini Najihah Binti Noor Azmi
|
02DLS15F1026
|
عَنْ سَعْدِبْنِ اَبِى وَقَّاصٍ عَنْ اَبِيْهِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِنَّ اللهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ نَظِيْفٌ يُحِبُّالنَّظَافَةَ كَرِيْمٌ يُحِبُّ الْكَرَمَ جَوَادٌيُحِبُّ الْجَوَادَفَنَظِّفُوْااَفْنَيْتَكُمْ
Ertinya : ”Sesungguhnya Allah Ta’ala itu baik (dan) menyukai kebaikan, bersih (dan) menyukai kebersihan, mulia (dan) menyukai kemuliaan, bagus (dan) menyukai kebagusan. Oleh sebab itu, bersihkanlah lingkunganmu”. (HR. At- Turmudzi)
Pengenalan Gotong-royong :
⇏Gotong-royong sebagai solidaritas sosial yang terjadi dalamkehidupan masyarakat terutamanya mereka yang membentuk komuniti seperti ini akan terlihat dengan jelas.Gotong-royong terjadi dalam beberapa aktiviti kehidupan seperti gotong-royong dalam bentuk kerjabakti, yang dilakukan untuk kepentingan bersama. Selain itu juga,gotong-royong dalam bentuk tolong menolong pada saat melakukan kenduri kendara. Bakan gotong-royong juga dapat terjadi pada saat adanya musibah, bencana alam ataupun kematian. Hal ini tidak dapat disebut sebagai kepentingan bersama ataupun kepentingan peribadi. Tetapi rasa kemanusiaan yang muncul diantara manusia, kerana musibah datangnya tidak kira waktu dan diketahui.
Objektif Kajian :
- Mengenal pasti masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar.
- Memberikan kesedaran tentang amalan gotong-royong di antara kaum.
- Menerapkan semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
Definisi Gotong-royong :
✔Gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti seperti inimasih banyak dilakukan di kampung-kampung dan ianya kurang dilakukan di bandar pada masa kini. Aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di Negara Malaysia ini untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum.
Manakala, perpaduan bermaksud satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan bangsa, etnik, agama dan budaya, hidup dengan aman, sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh individu. Manakala Integriti Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negari-negeri dalam Malaysia.
Kepentingan Gotong-Royong :
➤Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit lagi, masyarakat di Malaysia, masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat tolong-menolong dan bekerjasama untuk membersihkan taman permainan, longkang mahupun tempat beribadat. Dengan ini akan wujudnya rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong dapat merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, bersih dan kemas. Rasa kekitaan, prihatin dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih kehadapan dalam era globalisasi ini. Hal ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian. Gotong-royong, penglibatannya menyeluruh ahli masyarakat. Bak kata pepatah Melayu "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".
Langkah-langkah Memupuk Perpaduan Melalui Aktivit Gotong-royong :
💙Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak kebaikkan yang diperoleh oleh masyarakat daripada amalan bergotong-royong. Menyedari hal ini, kerajaan beruasaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menarik perhatian dan minat masyarakat terhadap amalan bergotong-royong. Antaranya ialah melaksanakan kempen dengan berkesan. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bergotong-royong serta sebagai rangsangan untuk melibatkan masyarakat dalam amalan ini. Bagi memastikan kempen ini dengan benar-benar berjaya, peranan media massa dan media cetak sangat penting. Media elektronik boleh menghebahkan kempen ini di dalam televisyen, radio dan surat khabar agar masyarakat terdedah dengan maklumat tersebut secara meluas. Kempen seperti "Cintailah Sungai Kita" dan "Jom Hapuskan Aedes" merupakan aspek kesihatan dan alam sekitar tetapi kempen ini secara tidak langsung menutut masyarakat untuk bergotong-royong. Kempen-kempen tersebut dilihat berkesan kerana masyarakat mula berjinak-jinak dengan alaman tersebut di samping untuk menjaga kebersihan. Kejayaan kempen ini terhasil atas kerjasama media elektronik dan juga kerajaan seperti bak kata pepatah "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing" yang akhirnya membuahkan hasil. Oleh itu, untuk memastikan masyarakat pada generasi akan datang tidak ketandusan nilai ini. Langkah seperti penerapan dalam pendidikan di sekolah wajar dilaksanakan untuk menyemai amalan ini dari peringkat awal lagi. Dalam pendidikan, amalan ini dapat ditanam melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Moral dan Sivik kewarganeragaan. Melalui mata pelajaran tersebut, pelajar didedahkan dengan kepentingan nilai-nilai murni dan diaplikasikan nilai tersebut dalam kehidupan harian. Selain itu, sekolah dan pusat pengajian tinggi juga memainkan peranan penting untuk menggalakan pelajar supaya bergotong-royong. Oleh yang sedemikian, langkah menerapkan nilai ini dalam pendidikan oleh kerajaan harus dipuji💙
Manfaat Gotong-royong :
Ada banyak manfaat dan sikap positif yang dapat kita pelajari dari roses gotong royong. Antaranya sebagai berikut :
١Prinsip tolong-menolong
٢Prinsip kebersamaan
٣Budaya gotong-royong dapat memberikan manfaat bagi kehidupan bermasyarakat dan berwarganegara, diantaranya sebagai berikut:
➽Meringankan beban pekerjaan yang harus ditanggung.
➽Menubuhkan sikap sukarela, tolong-menolong, kebersamaan, dan kekeluargaan antara sesama anggota masyarakat.
➽Meningkatkan rasa persatuan dan kesatuan nasional.
Sebab-Sebab Amalan Gotong-royong Semakin Pudar :
👉Malas
Alasan ini merupakan alasan klasik namun alasan inilah yang sering muncul pada masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh hampir semua orang. Oleh sebab itu, saat orang berasa malas maka kegiatannya enggan untuk berperanan aktif, tak terkecuali saat bila adanya kegiatan gotong-royong.
👉Kesibukkan
Tak sikit pun orang yang sibuk dengan pekerjaan mereka sehingga hampir tiada waktu untuk kegiatan-kegiatan yang bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang rela mengeluarkan wang untuk membayar orang lain untuk mewakili mereka pada saat adanya gotong-royong.
👉 Kecemburuan sosial
Sering adanya bantuan langsung dari pemerintah membuatkannya menjadi satu permasalahaan tersendiri pada masyarakat. Hal ini menjadikan satu alasan pada masyarakat yang hanya mementingkan diri pada era kini yang berteknologi tinggi. Oleh sebab itu, masyarakat enggan untuk melakukan kegiatan seperti gotong-royong.
👉Kurang bersosial
Ego seseorang yang besar terkadang membuat orang lain menjadi kurang bersosial, enggan bergaul dengan masyarakat lain dan kurang melakukan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan seperti gotong-royong.
Isu-isu Tekini Terhadap Amalan Gotong Royong :

Penutup :